Thursday, 14 July 2011

Tureen..


Dah lama usha tureen bunga biru ni kat mudah.com. Harganya pun kira okaylah berbanding dgn seller2 brg antik lain. Tapi masih belum dpt ditangan lagi. Hopefully it will be my first tureen.

Memori silam

Terpandang cawan lama ni, teringat kembali zaman dolu-dolu, semasa kecil dulu semasa menziarah rumah saudara-mara mak & ayah, kami dihidangkan kopi menggunakan cawan ni.Warnanya seperti batu jed- kehijauan.. Tapi skrg cawan ini entah kemana agaknya. Nostalgia sungguh.

Thursday, 30 June 2011

My New Hobby..

Assalamualaikum

Entah dari mana datangnya..tiba-tiba timbul perasaan suka pada pinggan mangkuk lama. Kat rumah mak mmg ada banyak PML ni, tapi dulu tak pernah nak usik, sekarang ni meluap-luap perasaan nak balik kampung nak belek semula PML. Seingat aku tak siapa yang peduli Pinggan mangkuk lama tu milik arwah opah. Baru ni balik rumah mak mertua.. ku lihat tersadai bekas kaca kuih raya zaman dulu dibeli katanya tahun 60 an. Dah kotor penuh sawang. Aku mintak kt mak, dia terkejut, katanya nak buat apa.. dah byk pingan mangkuk lama yang dia buang. Sayangnya.. Aku kutip mangkuk kaca kuih raya lalu aku bawak balik dan ku cuci sehingga bersih. Satu lagi yang aku kutip Jug kaca lama warna biru, gelasnya x de.




Selepas melalui proses spa..inilah hasilnya..

Wednesday, 1 June 2011

Rahsia Surah Yusof Ayat 4


Surah Yusuf Ayat 4

“Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada’ Asyara Kaukabauw Wasy syamsa Wal Qamara Ra aituhum Lii Sajidin”

“Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya,” Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku…”
Kemudian sambung Surah Thaahaa Ayat 39تُ

“Wa-alqaytu ‘alayka mahabbatan minnii walitushna’a'laa ‘ainii”

Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu di asuh di bawah pengawasanku.”(Qs.thaahaa:39)
Jika dibaca setia kali bertemu dengan suami/istri/pacar atau siapa saja yang kita kehendaki bacalah kedua ayat tersebut di hadapannya. Tentu saja baca dalam hati saja Insya Allah Anda akan mendapatkan kesan yang baik dari mereka. Jika ingin disayang dalam masyarakat, bacalah kedua ayat ini sehabis sholat sebanyak 3 kali. Wallahualam.

Wednesday, 25 May 2011

Pandan Chicken

resipi dari : blog 1001 resipi  TQ KKIDA







bahan marinade ayam
1 ekor ayam sederhana, potong 12
1/4 cawan santan
1 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar fish sauce
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cili blender
4 ulas bawang putih, pecahkan
2 inci lengkuas, hiris
1 biji lime juice
2 sudu besar air pandan pekat
cili merah/hijau hiris nipis
garam dan gula secukupnya

gaul semua bahan dengan ayam dan perapkan beberapa jam atau semalaman dalam peti sejuk. balut ayam dengan daun pandan dan pinkan dengan penyungkil gigi
panaskan minyak dalam periok dan goreng ayam terendam hingga kekuningan/masak...

Al Fatihah untuk anak2 yatim yg pergi ...

Hampir sebulan aku tak update blog ni.. Sibuk sikit. Dengan anak-anak yang semakin membesar, sibuk dengan aktiviti persekolahan mereka.

Minggu ni kita dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh di hulu langat...
..
pagi yang hiba...hiba bila mengenangkan kejadian yang menimpa anak-anak yatim di hulu langat...mereka memperjuangkan ilmu Allah swt dalam serba kekurangan...kini mereka telah pergi buat selamanya...di jemput lebih dahulu dari kita...moga anak-anak yang soleh ini ditempatkan di Syurga MU Ya Allah...

...mengalir air mata juga tatkala menyaksikan jenazah disusun dalam satu liang lahad...teringat yang kita ni asyik sibuk dengan hal dunia....sedangkan jika kita nak di panggil pergi...hanya sekelip mata je...memang tak boleh nak mengelak...;(

3 LAYER EGG SANDWICH



Haziq anakku yg sulung pasti suka , mmg favourite dia..telur & cheese. Look yummy..

Tuesday, 26 April 2011

Ku Ada Kamu

Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Di kala aku tak pastiKau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu


Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Monday, 18 April 2011

Setiap wanita itu cantik



Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa ibu menangis?"
"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti", kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"
Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.
Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"
Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan dan ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
"Kau tahu;¿kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."
"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya.. Tempat dimana cinta itu ada."
Kirimkan ini kepada setiap wanita yang anda kenal hari ini untuk memperingati Wanita. Jika Anda lakukan, sesuatu yang baik akan terjadi. Anda akan menambah harga diri wanita!
Kirimkan msg ini juga kepada kaum lelaki, supaya mereka sedar dan ingat akan kecantikan wanita mereka yang azali.. bukan pada kecantikan luaran semata-mata. Selamilah hati wanita mu.. dan ingat lah... Setiap Wanita itu Cantik.



Thursday, 14 April 2011

RUMAH ITU SYURGA ISTERI..

…Yang dikatakan syurga itu ialah ketaatan dan kesetiaan seorang isteri terhadap Allah dan suaminya serta tanggungjawab yang dijalankannya dengan ikhlas tanpa ada sebarang rungutan atau keluhan…”

KELEBIHAN ISTERI…

Melayan suaminya dijamin masuk syurga tanpa hisab dan mengikut pintu yang disukai.

Hadis Nabi s.a.w yang bermaksud :

“Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang 5 waktu, puasa bulan Ramadhan,menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk syurga mengikut pintu mana yang ia suka mengikut pilihannya.”


“ Mana-mana wanita yang melayani suaminya, meminyak rambut suaminya, menyikat janggutnya, menggunting misainya, mengerat kukunya, maka diakhirat ia diberi minum oleh Allah daripada air syurga dan ia diringankan seksaan ketika sakaratul maut (dekat dengan mati), di dalam kubur ia perolehi taman-taman seperti taman-taman syurga dan namanya dicatit sebagai orang yang lepas daripada seksa neraka dan selamat melintasi titian Sirat tanpa menempuh kesusahan.”


Seperti mana yang diriwayatkan oleh At Tabrani mengikut hadis Rasullah s.a.w :

“…Sukakah aku beritahu siapa dan bagaimanakah sifat isterimu yang bakal ditempatkan di syurga? Jawab para sahabat : Bahkan kami suka. Sabda Rasullah s.a.w lagi : Iaitu tiap-tiap isteri yang bersifat kasih sayang dan melahirkan banyak anak. Dan apabila ia dimarahi oleh suaminya, ia menyerahkan diri untuk dihukum sehingga suaminya redha (memaafkan kesalahannya)…”


Janji Allah kepada isteri-isteri yang mengandung :

“…Apabila seorang wanita itu mengandung, Allah menjanjikan pahalanya sama seperti pahala puasa fisabilillah. Ganjaran ini tidak termasuk lagi dengan kesakitan sewaktu berrsalin, melahirkan anak, menyusu dan menjaga anak.” Janji Allah kepada isteri-isteri yang menyusukan anak-anaknya.


Menurut riwayat Al Hassan bin Sofwan, At Tabrani, Ibnu Asakir dan Salamah yang menyusu Saidina Ibrahim anak Rasullah s.a.w setiap teguk (satu sedutan) Allah akan berikan satu kebajikan dan ganjaran. Bila si ibu tadi tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sekejap-sekejap menangis kesakitan dan sebagainya, Allah akan berinya lagi pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dalam jihad fisabilillah dengan ikhlas.


Kelebihan wanita-wanita yang mengandung :

“…Apabila seorang wanita mengandung (janin) di dalam rahimnya maka beristighfar para malaikat untuknya Allah akan mencatit baginya 1000 pahala dan kebajikan dan menghapuskan 1000 dosa.

Apabila ia sakit hendak bersalin, Allah akan mencatit lagi pahala kepadanya seimbang dengan pahala orang lelaki yang berjihad fisabililah.Apabila ia telah melahirkan anak, maka gugurlah segala dosanya dan jadilah ia bersih tanpa sebarang dosa sepertimana ia mula-mula dilahirkan oleh ibunya dahulu (seperti bayi yang baru lahir).”


Kelebihan isteri-isteri yang menjaga anak-anaknya :

“ Menjahit pakaian anak-anak, Allah mencatitkan perbuatan baik yang dilakukan sebanyak helaian benang pakaian yang dibuat dan memadamkan seratus catitan perbuatan jahat yang pernah dilakukannya. Disamping itu juga Allah akan mencatitkan baginya ganjaran sama dengan orang yang memberi makan kepada orang yang tidak berpakaian.”

“Meminyakkan rambut anak, menyikatkannya, mencuci pakaian-pakaian mereka dan memandikan anak-anak, Allah menjanjikan satu pahala besar kepada para ibu yang berbuat demikian. Allah akan mencatitkan pekerjaan baik sebanyak helaian rambut anak dan memadamkan sebanyak itu juga pekerjaan jahat serta membuatkan dirinya kelihatan berseri-seri di mata orang yang melihatnya."


EMPAT GOLONGAN WANITA YANG DIJAMIN SYURGA OLEH RASULULLAH SAW :

1. Wanita yang menjaga dirinya daripada perkara yang haram dan dia tetap berbakti kepada Allah (mematuhi hukum Allah).

2. Perempuan yang banyak keturunan (banyak anak) lagi penyabar serta menerima sahaja pemberian Allah itu serta bersabar dengan kehidupan yang serba kekurangan dan apa sahaja nafkah yang diberikan oleh suaminya.

3. Perempuan yang bersifat pemalu. Apabila suaminya keluar menjalankan tugas, dia akan menjaga mulutnya daripada berkata yang boleh mengguris hati suaminya.

4. Perempuan yang kematian suami dan ia mempunyai anak, dan dia tetap  menjaga diri dan terus menerus menjaga dan mendidik anaknya yang  yatim dan tidak bersedia untuk berkahwin lain kerana takut anak-anaknya itu terbiar.

“…Justeru itu, lakukanlah segala urusan rumah tangga dengan sabar, ikhlas dan bersungguh-sungguh. Terimalah hakikat bahawa Allah menjadikan wanita itu sebagai seorang isteri dan juga ibu.”

Wednesday, 13 April 2011

JIka isterimu menangis...


Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”
                                          
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,
jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..

Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…

Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk

begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.


Monday, 11 April 2011

Isteri yang solehah




Dalam hadis, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Empat perkara yang membawa kebahagiaan kepada manusia, iaitu (memiliki) perempuan (isteri) yang solehah, rumah yang bagus (luas), jiran yang baik, dan kenderaan yang bagus." (Hadis riwayat Ibnu Hibban).

Rasulullah meletakkan isteri yang baik pada urutan pertama sebagai faktor kebahagiaan seseorang. Isteri yang solehah akan memberikan ketenangan kepada suami.

Rumah ibarat syurga jika memiliki isteri yang solehah. Antara sifat isteri solehah ialah hormat dan patuh kepada suami sepanjang suami mengikuti jalan kebenaran, melayan suami dengan baik dan penuh sopan, sentiasa menutup aurat, memasak dan menghidangkan makan minum untuk suami, mendidik anak-anak agar anak juga terselamat daripada godaan duniawi, bersikap mesra dalam berhubungan dengan kaum keluarga, menjaga rahsia rumah tangga, tidak keluar rumah tanpa izin suami dan banyak lagi sifat lain.

Allah melukiskan menerusi al-Quran mengenai sifat isteri yang solehah, menerusi firman-Nya yang bermaksud: "Maka perempuan-perempuan yang baik (solehah) itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipeliharanya) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolongan-Nya."(Surah an-Nisaa' ayat 34).

Ibnu Abbas mengemukakan dua ciri khas mengenai pengertian as-solehah (isteri yang soleh) iaitu mempunyai perilaku baik (berakhlak/sopan) terhadap suami, dan mengerjakan perbuatan kebajikan. Makna isteri setia dalam ayat itu ialah patuh dan jujur terhadap suami kerana Allah. Seterusnya, Nabi Muhammad memperincikan tiga sifat isteri solehah, menerusi sabda yang bermaksud: "Sebaik-baik perempuan (isteri) ialah yang menggembirakan engkau sewaktu engkau melihatnya; yang patuh apabila kamu perintahkan dia (dalam hal kebaikan); yang menjaga dirinya dan harta milikmu semasa ketiadaanmu di rumah."


Ingat memperingati dalam mentaati Allah
Jangan lupa perintah Tuhan dan suruhan Nabi. Ingat memperingati sesama suami isteri dalam menuruti perintah Allah dan sunnah Nab| s@w. Bantulah suami dalam menegakkan agama.

Awaslah dengan rahsia rumahtangga.
Jangan sesekali dibocorkan kepada sesiapa pun hingga akhir hayat terutama rahsia dibilik tidur.

Rahsia Bilik Tidur
Inilah rahsia utama seperti yang diketahui setiap pasangan suami isteri. Rahsia yang berkaitan hubungan kelamin suami isteri ini hendaklah disorok dan hanya menjadi rahsia antara mereka berdua sampai bila-bila. Adalah haram dan berdosa hukumnya kalau salah seorang dari mereka menghebah-hebahkan aktiviti seks mereka kepada orang lain.
Dizaman komunikasi serba canggih semuanya sangat mudah untuk diceritakan kepada sesiapa pun hatta kepada orang asing yg tak pernah dijumpa, hanya kenal di ruang maya. Dan alangkah mudahnya rahsia begitu disebarkan keseluruh dunia !

Jaga hati dan maruah suami serta tidak khianat.
Jagalah hati suami kerana sekali terluka sukar untuk disembuhkan.
Jangan sesekali merendah2kan maruah suami samada didepannya apalagi dibelakangnya. Jangan sesekali melebihkan lelaki lain dalam apa2 urusan pun. Suami lah yg patut disanjung dan dipuja setiap masa. Jangan menduakan suami walaupun dalam hati atau imiginasi.
Janganlah melakukan perkara yg akan merendahkan maruah suami dimata masyarakat.

Maruah melibatkan aurat, aib dan kelemahan. Firman Allah SWT, maksudnya: "Adapun wanita-wanita yang solehah itu ialah wanita-wanita yang patuh (taat) dan memelihara kehormatan dirinya semasa ketiadaan suaminya sebagaimana Allah telah memelihara mereka." (An-Nisa: 34)

Ulama di dalam menafsirkan ayat ini menjelaskan bahawa "wanita yang memelihara kehormatan diri semasa ketiadaan suaminya" (di rumah) itu maksudnya:

a. Isteri tidak berlaku curang terhadap suami.
b. Tidak mencari hiburan di luar rumah.
c. Tidak menduakan suami.
d. Memelihara rahsia rumah tangga suami jangan sampai diketahui orang.
e. Memelihara harta benda suami jangan sampai hilang.

Disebutkan di dalam kitab, Umamah binti al-Haris telah berpesan kepada anak perempuannya yang akan melangsungkan perkahwinan; antaranya: "Jangan membuat maksiat kepadanya (suamimu), jangan menyebarkan rahsianya, kerana jika engkau melakukan kesalahan atau menyusahkan hatinya dan menyebarkan rahsianya, engkau tidak akan aman kerana telah khianat kepadanya. Kegembiraan yang harus kau terima pula akan menjadi mendung."

Didik anak cara Islam
Jika sudah berzuriat kelak, didiklah anak2 dengan penuh kasih sayang agar menjadi pejuang islam dan pecinta agama.

Bersyukur
Bersyukur dengan apa yg suami sediakan, jangan meminta yg tak mampu diberikannya. Cuba bayangkan berapa ramai lagi wanita yg tak berpeluang untuk berkahwin !

Bertimbangrasa
Hidup suami isteri perlu banyak timbangrasa kerana kita bukannya sempurna. Masing2 ada kelemahan. Terimalah dia seadanya. Kalau akhlak kita tidak semulia Khadijah, bagaimana mungkin kita mengharap suami semulia Nab| s@w. Selagi tidak membawa kepada kemaksiatan/kemudaratan wajib patuh kepada suami.

Sentiasa mengembirakan suami
Isteri yang menggembirakan suami atau yang bermuka manis bukan bermakna wajah cantik semata-mata. Biar wajah kurang menarik, tetapi jika selalu menguntum senyum, tinggi pekerti, memancar dari keningnya cahaya iman dan keikhlasan, itulah isteri solehah yang meriangkan suami. Isteri walaupun cantik, tetapi jika wajahnya selalu mencuka, buruk pekertinya, kening selalu berkerut, tidak akan dapat memikat hati suami. Jangan meninggikan suara dgn suami.

Banyak lagi yg mahu dipesan tapi tak larat nanti Yatt nak membacanya. Ingatlah, suami isteri sepatutnya berbahgia bersama bukan didunia yg sementara ini sahaja, tapi juga bahgia bersama di akhirat didalam syurga.

Ringkasnya, Taat Allah, Taat Rasul dan Taat Suami.
Ohh ya, satu lagi, bila berhadapan dengan masalah banyakkan bersabar dan bersolat seperti yg difirmankan :

"Dan mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (Al- Baqarah:45)

"Wahai sekalian orang-orang yang beriman!
Mintalah pertolongan dengan bersabar dan dengan sembahyang; kerana sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar: (Al-Baqarah:153)


 

Monday, 28 March 2011

Manusia suka bersangka-sangka!

Orang yang rajin disangka menunjuk.
Orang yang tegas disangka marah.
Orang yang pakai baju baru disangka melawa.
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud atau hina.
Orang bermuzakarah disangka mengumpat.
Orang menawan disangka pakai susuk.
Orang yang tidak hadir disangka sombong.
Orang yang pindah rumah disangka merajuk!
Orang menolong disangka mengampu!
Orang yang tidak tolong disangka pemalas!
Orang baik disangka buruk!
Orang buruk disangka baik!
Orang senyum disangka mengejek!
Orang masam disangka merajuk!
Orang diam disangka menyendiri!
Mana tahu yang diam itu kerana berzikir.
Mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa.
Mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya

Friday, 25 March 2011

Cerita tentang Ikan Peparu


Ikan dan air seperti irama dan lagu. Namun Ikan peparu sangat unik. Ketika ikan lain berhadapan dengan maut di musim kemarau, tasik atau sungai kering kontang tanpa air, ikan peparu terus hidup dengan caranya sendiri. Ia mengubahsuai proses dlm dirinya utk membolehkan ia hidup dalam selut, malah jika selut iru menjadi kering ditahap boleh digunakan untuk membuat dinding bangunan maut tidak menumpaskannya. Kadar metabolismanya dikurangkan sehingga 60% kali lebih rendah dr biasa. Ikan peparu hidup dgn tabah dan tenang ketika ikan lain yang tinggal dipersekitarannya bertarung dengan maut.

Bagaimana ia berlaku...

Proses dalaman diri ikan peparu ini dipanggil estivasi ataupun 'lena di musim panas'. Dalam keadaan estivasi ikan masuk kedalam selut, menggulungkan badannya yg panjang sehingga bulat seperti bola. Kemudian ia mengeluarkan lendir permukaan kulit. Lendir ini akan menjadi keras membaluti badannya seperti kepompong. Dalam keadaan ini ia hidup sepanjang musim kering menunggu kehadiran air hujan yang akan mengejutkan mereka dari tidur yang panjang..  Ada kajian yang membuktikan bahawa ikan peparu boleh bertahan dlm keadaan estivasi sehingga 4 tahun.


Hebat sungguh ikan peparu menyesuaikan diri dengan cabaran luaran dirinya. maha Hebat Allah yang Menciptakannya. Allah Huakbar!

Semoga kita mendapat manfaatnya...Insya ALLAH

Thursday, 24 March 2011

My beautiful life... beside the beloved..

Aku adalah seorang isteri kepada seorang lelaki yg sgt penyayang dan ibu kepada 3 org putera dan seorang princess yang comel....aku seorang yang  bekerjaya yang memperjuangkan penyusuan susu ibu dan pada masa yang sama sentiasa ingin meningkatkan diri sendiri dari segi kerjaya, kewangan dan taraf hidup. InsyaAllah semoga Allah mempermudahkan semua urusan ku. Tak ku lupa kedua ayahanda dan bonda yang ku cintai... Ya Allah peliharalah mereka sepertimana mereka memelihara ku di waktu kecil.

Tuesday, 22 March 2011

Cats In The Cradle



My child arrived just the other day,
He came to the world in the usual way.
But there were planes to catch, and bills to pay.
He learned to walk while I was away.
And he was talking ‘fore I knew it, and as he grew,
He’d say, “I’m gonna be like you, dad.
You know I’m gonna be like you.”
And the cat’s in the cradle and the silver spoon,
Little boy blue and the man in the moon.
“When you coming home, dad?” “I don’t know when,
But we’ll get together then.
You know we’ll have a good time then.”
My son turned ten just the other day.
He said, “Thanks for the ball, dad, come on let’s play.
Can you teach me to throw?” I said, “Not today,
I got a lot to do.” He said, “That’s ok.”
And he walked away, but his smile never dimmed,
Said, “I’m gonna be like him, yeah.
You know I’m gonna be like him.”
And the cat’s in the cradle and the silver spoon,
Little boy blue and the man in the moon.
“When you coming home, dad?” “I don’t know when,
But we’ll get together then.
You know we’ll have a good time then.”
Well, he came from college just the other day,
So much like a man I just had to say,
“Son, I’m proud of you. Can you sit for a while?”
He shook his head, and he said with a smile,
“What I’d really like, dad, is to borrow the car keys.
See you later. Can I have them please?”
And the cat’s in the cradle and the silver spoon,
Little boy blue and the man in the moon.
“When you coming home, son?” “I don’t know when,
But we’ll get together then, dad.
You know we’ll have a good time then.”
I’ve long since retired and my son’s moved away.
I called him up just the other day.
I said, “I’d like to see you if you don’t mind.”
He said, “I’d love to, dad, if I could find the time.
You see, my new job’s a hassle, and the kid’s got the flu,
But it’s sure nice talking to you, dad.
It’s been sure nice talking to you.”
And as I hung up the phone, it occurred to me,
He’d grown up just like me.
My boy was just like me.
And the cat’s in the cradle and the silver spoon,
Little boy blue and the man in the moon.
“When you coming home, son?” “I don’t know when,
But we’ll get together then, dad.
You know we’ll have a good time then.”