Friday, 25 March 2011
Cerita tentang Ikan Peparu
Ikan dan air seperti irama dan lagu. Namun Ikan peparu sangat unik. Ketika ikan lain berhadapan dengan maut di musim kemarau, tasik atau sungai kering kontang tanpa air, ikan peparu terus hidup dengan caranya sendiri. Ia mengubahsuai proses dlm dirinya utk membolehkan ia hidup dalam selut, malah jika selut iru menjadi kering ditahap boleh digunakan untuk membuat dinding bangunan maut tidak menumpaskannya. Kadar metabolismanya dikurangkan sehingga 60% kali lebih rendah dr biasa. Ikan peparu hidup dgn tabah dan tenang ketika ikan lain yang tinggal dipersekitarannya bertarung dengan maut.
Bagaimana ia berlaku...
Proses dalaman diri ikan peparu ini dipanggil estivasi ataupun 'lena di musim panas'. Dalam keadaan estivasi ikan masuk kedalam selut, menggulungkan badannya yg panjang sehingga bulat seperti bola. Kemudian ia mengeluarkan lendir permukaan kulit. Lendir ini akan menjadi keras membaluti badannya seperti kepompong. Dalam keadaan ini ia hidup sepanjang musim kering menunggu kehadiran air hujan yang akan mengejutkan mereka dari tidur yang panjang.. Ada kajian yang membuktikan bahawa ikan peparu boleh bertahan dlm keadaan estivasi sehingga 4 tahun.
Hebat sungguh ikan peparu menyesuaikan diri dengan cabaran luaran dirinya. maha Hebat Allah yang Menciptakannya. Allah Huakbar!
Semoga kita mendapat manfaatnya...Insya ALLAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment