Monday, 28 March 2011

Manusia suka bersangka-sangka!

Orang yang rajin disangka menunjuk.
Orang yang tegas disangka marah.
Orang yang pakai baju baru disangka melawa.
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud atau hina.
Orang bermuzakarah disangka mengumpat.
Orang menawan disangka pakai susuk.
Orang yang tidak hadir disangka sombong.
Orang yang pindah rumah disangka merajuk!
Orang menolong disangka mengampu!
Orang yang tidak tolong disangka pemalas!
Orang baik disangka buruk!
Orang buruk disangka baik!
Orang senyum disangka mengejek!
Orang masam disangka merajuk!
Orang diam disangka menyendiri!
Mana tahu yang diam itu kerana berzikir.
Mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa.
Mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya

No comments:

Post a Comment