Assalamualaikum
Entah dari mana datangnya..tiba-tiba timbul perasaan suka pada pinggan mangkuk lama. Kat rumah mak mmg ada banyak PML ni, tapi dulu tak pernah nak usik, sekarang ni meluap-luap perasaan nak balik kampung nak belek semula PML. Seingat aku tak siapa yang peduli Pinggan mangkuk lama tu milik arwah opah. Baru ni balik rumah mak mertua.. ku lihat tersadai bekas kaca kuih raya zaman dulu dibeli katanya tahun 60 an. Dah kotor penuh sawang. Aku mintak kt mak, dia terkejut, katanya nak buat apa.. dah byk pingan mangkuk lama yang dia buang. Sayangnya.. Aku kutip mangkuk kaca kuih raya lalu aku bawak balik dan ku cuci sehingga bersih. Satu lagi yang aku kutip Jug kaca lama warna biru, gelasnya x de.
Selepas melalui proses spa..inilah hasilnya..
No comments:
Post a Comment