Assalamualaikum
Entah dari mana datangnya..tiba-tiba timbul perasaan suka pada pinggan mangkuk lama. Kat rumah mak mmg ada banyak PML ni, tapi dulu tak pernah nak usik, sekarang ni meluap-luap perasaan nak balik kampung nak belek semula PML. Seingat aku tak siapa yang peduli Pinggan mangkuk lama tu milik arwah opah. Baru ni balik rumah mak mertua.. ku lihat tersadai bekas kaca kuih raya zaman dulu dibeli katanya tahun 60 an. Dah kotor penuh sawang. Aku mintak kt mak, dia terkejut, katanya nak buat apa.. dah byk pingan mangkuk lama yang dia buang. Sayangnya.. Aku kutip mangkuk kaca kuih raya lalu aku bawak balik dan ku cuci sehingga bersih. Satu lagi yang aku kutip Jug kaca lama warna biru, gelasnya x de.
Selepas melalui proses spa..inilah hasilnya..
Thursday, 30 June 2011
Wednesday, 1 June 2011
Rahsia Surah Yusof Ayat 4
Surah Yusuf Ayat 4
“Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada’ Asyara Kaukabauw Wasy syamsa Wal Qamara Ra aituhum Lii Sajidin”
“Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya,” Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku…”Kemudian sambung Surah Thaahaa Ayat 39تُ
“Wa-alqaytu ‘alayka mahabbatan minnii walitushna’a'laa ‘ainii”
Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu di asuh di bawah pengawasanku.”(Qs.thaahaa:39)Jika dibaca setia kali bertemu dengan suami/istri/pacar atau siapa saja yang kita kehendaki bacalah kedua ayat tersebut di hadapannya. Tentu saja baca dalam hati saja Insya Allah Anda akan mendapatkan kesan yang baik dari mereka. Jika ingin disayang dalam masyarakat, bacalah kedua ayat ini sehabis sholat sebanyak 3 kali. Wallahualam.
Subscribe to:
Posts (Atom)